🌞..RESTORAN SEASHELL-KELAINAN MAKAN DI SAWAH PADI..🛵>_<
Kadang-kadang kalau bercuti ke tempat orang.Kita nakkan satu kelainan yang boleh diselitkan kedalam memori percutian bersama keluarga.Kalau bab makan di Langkawi,salah satu kelainan yang boleh anda cari ialah di Restoran Seashell,sebut betul-betul jangan tergeliat lidah pula hahaha...
Di sini anda boleh menjamah makan tengahari ataupun makan malam di tengah-tengah padang padi.Jangan bimbang kerana tempat jalan kaki berkayu yang tinggi dan pondok maka yang berkipas ada tersedia untuk keselesaan pengunjung.Kalau tak suka,boleh jer makan di dalam kedai.
Makanan di sini mempunyai pelbagai aneka masakan Melayu baik makanan berasaskan ayam atau daging mahupun yang ala seafood dan ikan bakar.
Semua makanan dan laut di sini dihidangkan secara berbuffet dan sedap-sedap belaka.Ada juga menu-menu makanan yang dihidangkan secara berhidang.
Kalau ada orang KL,memang wajib cuba try test,memang tak jumpa tempat makan yang sedap dengan suasana sebegini di KL beb.
Lokasinya terletak di Laman Padi dan berdekatan dengan Muzium Padi di Cenang.Satu tempat makan best di Langkawi yang sangat unik dan ideal suasananya untuk dicuba terutamanya ketika berbulan madu.
..(>_<)..
No comments:
Post a Comment