Photobucket

..AKTIVITI BERMAIN PADDLE BOT DI PULAU DAYANG BUNTING..

🦅..AKTIVITI BERMAIN PADDLE BOT  DI PULAU DAYANG BUNTING..💎>_<


Ok saya cerita sedikit mengenai Island Hoping iaitu aktiviti wajib bagi mereka yang pergi bercuti ke langkawi Trip ke langkawi. Trip ini boleh di booking awal melalui hotel atau di jetty pun ramai yang menawarkan service ini dengan harga yang ok cuma kekadang kalau melalui orang tengah ni harga mahal sedikit. Tapi harga adalah lebih kurang dibawah:

Harga Bot Persendirian = RM250-RM280 (max 8 orang)

Harga Kongsi = RM30 per Person

Keuntungan sewa bot persendirian adalah tidak terhad pada masa, free nak lepak kat mana lebih lama. dalam masa keseluruhan 4 jam.

Tiket ni kena lekat kat baju baru leh naik bot tau naik dekat Awana Port...

Pengunjung yang ingin datang ke Pulau Dayang Bunting boleh mengambil pakej "Island hopping" yang turut membawa pelancong ke sini.Antara yang menarik di pulau ini ialah berbagai aktiviti air di Tasik Dayang Bunting ialah terterdapat 3 aktiviti yang boleh anda buat di tasik selain mandi iaitu ada disedikan perkhidmatan seperti menaiki kayak,boat paddle(kayuh) dan boat solar.anda dinasihatkan supaya memakai Jaket Keselamatan yang disediakan (Kena Sewa RM 10) kerana tiada Life Guard dan dasar tasik yang sangat dalam.


First Pulau Dayang Bunting - Disini kena berjalan sedikit untuk ke tasik Dayang Bunting tapi suasana sangat nyaman.Di Tasik Dayang Bunting bolehla berkayak atau naik bot kayuh nih..Naik Paddle Boat dengan kadar bayaran RM 20.Mengeluh dorang sebab katanya penat sangat mengayuh.Tak boleh nak keluar dari tasik ni ya sebab tasik ni dah dikepung oleh gunung ganang.Kepada sesiapa yang suka kepada aktiviti2 nie sangatlah bagus untuk anda membakar lemak di paha dan juga untuk melancarkan perjalanan darah di kaki ke hehe.. 


  Serta juga dapat membakar lemak anda,kerana aktiviti ini juga memerlukan tenaga yang banyak juga terutamanya kaki anda sebab nak banyak berkayuh nih hihihi...sebelum itu kenalah rehat secukupnya dan makan untuk menambahkan tenaga sebelum nak mengayuh paddle boat tue,selepas itu barulah best nak felling2 bagai atas boat tue..perut pon kenyang..strees pon hilang,kesihatan diri badan pon cergas..fuhhh..banyak juga ya manfaat nih.

Akisah...hihihi...Seronok nak share pasal aktiviti yang ada kat sekitar..Pulau Dayang Bunting nih..lawa permandangannya...kalau stress study,bolehla pergi rancang dengan rakan2 anda atau keluarga anda untuk menikmati permandangan di sini..salah satu aktiviti di tasik ini juga..anda boleh naik paddle boat..besttt ooooo..comfirm tak bosan dan teringin nak pergi pulak..hehehe..jangan kata saya menghasut lak..satgi dok merap kat mak ayah pulak nak pergi lagi..paksa rakan2 pulak..hahaxx,tak la gurau2 jerrr..huhu..



Di Pulau Dayang Bunting ni tempat kami baling-baling roti & makanan untuk ikan2 di tasik ni..sambil duduk mengayuh paddle boat tu kan hihi..Pergh..punya la banyak populasi ikan kat situ & lapar2 belaka pulak tu,sampaikan kalau kita singgah layang bayang2 tangan kat atas tasik tu pun,ikan nya dah tertimbul ready nak ngap apa yang kita baling..jinak jugak tau ikan2 di sini..warna-warni ja,comel macam nak balik bela ja,saya nie bukan boleh binatang2 nih kira nak bela ja hahaha,maklumlah saya ni pencinta haiwan.....




      Honestly said,masa saya naik ni pon,dalam 20 minit je la dah rasa cukup puas.Tapi mungkin     jugak time tue tak ready ape sangat,just nak try suka2 jer..Oh ya..Kalau rasa kaki tak sampai,jangan  risau tau!sebab pada seat bot tu kita boleh laraskan kedudukan kita duduk dengan kaki kita untuk kita kayuh nanti..Bagi saya yang memang tak pernah berkayak/naik sampan ni,cabaran untuk aktiviti kayuh bot ni terletak pada cara kita mengemudikan bot tu.Paling lama saya nak boleh kemudi ialah masa nak parking betul2 pada ruang letak bot tu..hihi..bukan kereta je kena pandai parking,bot kayuh pun sama..barulah mudah nak naik       keatas seberang pula.Tapi jangan risau,bukan setakat ada aktiviti  kayuh bot je..ada lagi yang lain..                                        
                                                                               ..(>_<)..

No comments:

Post a Comment

..PENGENALAN PULAU DAYANG BUNTING LANGKAWI..

😎.. PULAU DAYANG BUNTING DI LANGKAW I ..😘 (>_<) PENGENALAN : Langkawi dikenali dengan pelbagai mitos dan ce...