Photobucket

..AKTIVITI BERMANDI DI PULAU DAYANG BUNTING..


🌊..AKTIVITI BERMANDI DI PULAU DAYANG BUNTING ..🍄>_<


🙌..sejuk sangat mandi sini..👕

ASSALAMUALAIKUM.....nama saya Muhammad Danial Faiz Bin Aziz,di sini saya ingin mengkongsikan sedikit sebanyak pengalaman saya bercuti di Pulau Dayang Bunting ketika menyertai rombongan sekolah menengah saya bersama2 guru dan rakan2 saya pada tahun 2015 semasa umur 13 tahun...maklumlah cikgu buat rombongan khas ini untuk form 3 bagi kami relise tension untuk menghadapi peperiksaan PT3 nie hehehe.....Ini first time aku sampai,so aku agak excited.Selama ni tengok dalam TV dan magazine saja.       Rakan2 aku awal2 dah chow dulu memenjak turun dari boat,berkejaran mereka nak ke tasik sebab excited mereka main air.Lagipun pemandu bot bagi kami masa sejam setengah saja nak lepak2 mandi2 kat sini,tue yang pakat kalut tuh hehe..maklumlah sejam ja mana cukup..tergelak aku bila tengok mereka haha.Ramai juga orang mandi di sana.Air dia tenang tetapi sangat dalam sebab tu memerlukan jacket keselamatan untuk mandi kecuali betul2 pandai berenang.

🦀..masing2 seronok mengambil gambar haha..🦋

  Yang tak bestnya,kat situ ada banyak monyet dan mereka menganggu.Dia orang nak makan ja.Abis pringles kami dia curi.Seorang demi seorang rakan saya dah mula terjun.Air tasik sangat tenang dan menyegarkan.Kami mandi berenang2 dan berendam dengan penuh keinzalan."Aku dah telan banyak ni,besok mengandung lah ni".Kata-kata yang di sambut dengan gelak ketawa rakan2 yang lain.By the way...Pelancong juga boleh bermain dengan ikan2 di dalam kolam ternakan,kat kolam depan tangga ni,ada ikan keli/sembilang,korang boleh celupkan kaki untuk digelikan oleh ikan2 tu.Dengar kata ikan2 tu macam buat fish spa lah.Satu jenis terapi untuk mereka yang kebas dan lenguh2 kaki.Beberapa buah tandas dan wakaf yang sesuai telah dibina bagi kemudahan para pengunjung.Pelancong dinasihatkan mandi di tasik ini dengan menggunakan jaket keselamatan.Kedalaman tasik ini kir210 meter-Jadi jangan terjun sebarangan..

🐌..syok dok keliling tempat tuh haha..🍀

 Masa pon dah semakin suntuk...Guru2 kami pon sudah kami segera naik walaupun bagi kami kalau nak mandi masa sejam manala nak cukup...Sementara tunggu pakcik boat sampai kami ambik perluang untuk ambik gambar kenang-kenangan dekat jetty tue bersama2 guru dan rakan2 saya..memang permandangan yang sangat cantik.Semasa kami2 berjalan balik tu berduyun2 prngunjung yang datang..memang happening sangat..hehe..
  
🌊..selpie luh dengan cikgu2..💧

Masa nak datang tu ,patut lah aku perasan ada orang snap2 gambar,Pastu aku dan rakan2 aku pon pergi la nak snap jugak..beria2 masing2 tak sabar nak snap tunjuk kat family..,Rupanya ,dia orang curi gambar dan print pada pinggan sebagai cenderamata dan jual setiap satu berharga RM10.Jadilah buat kenang2...hehehe..tue gambar aku sebelah tue ok kan hahaha...Insyaallah kalau ada perluang lagi dapat pergi sana rombongan sekolah ka atau family saya ka lagi di sana... saya akan kongsikan kepada semua..keindahan di Pulau ini.

💫..nie la gambar saya cenderamata yang mereka print tue..📸

   Ramai juga para pengunjung yang masih mempercayai bahawa sekiranya pasangan baru berkahwin datang mandi manda di tasik ini akan menjadi hamil.Sebenarnya ini cuma kepercayaan sahaja.Tidak dapat dibuktikan kebenaranya,tapi secara psikology nya dan pendapat saya apabila pasangan itu datang mandi di tasik ini dan percaya akan hamil,maka pasangan ini akan lebih kerap bersama sepanjang percutian mereka,jadi secara sainsnya jika mood happy dan tiada strees,hormon stabil terkawal dan tiada masalah reproduksi maka pastinya akan hamil..:)

🔊..syok dok rendam gi..dah nak balik dah..🎵


🔨..VIDEO SUMBER DARI YOUTUBE MENGENAI PULAU DAYANG BUNTING..🎬



..(>_<)..
                                       


No comments:

Post a Comment

..PENGENALAN PULAU DAYANG BUNTING LANGKAWI..

😎.. PULAU DAYANG BUNTING DI LANGKAW I ..😘 (>_<) PENGENALAN : Langkawi dikenali dengan pelbagai mitos dan ce...