Photobucket

..AKTIVITI MENDAKI BUKIT DI PULAU DAYANG BUNTING..


🙌..AKTIVITI MENDAKI BUKIT DI PULAU DAYANG BUNTING..💖>_<


Persinggahan pertama=Tasik Pulau Dayang Bunting.Untuk pergi ke sana,perlu naik bukit,sampai 'puncak' kemudian turun.Sementara nak sampai ke puncak,bersiap sedialah menghadapi monyet di kiri kanan yang nak mengattack makanan anda.Laluan turun ke tasik pula,curam...nasib baik ada tangga,tapi hati2sebab pemegang tangga tu berkarat,silap2 tangan anda boleh terluka..Sebaik menuruni tangga,terdapat kawasan aktiviti air yang dibina diatas tasik.Disini juga terdapat kedai cenderahati yang menjual berbagai barangan untuk kenang2gan..


      Setibanya anda di jetti untuk ke tasik Dayang Bunting anda akan melewati tanda awam.Ini satu2nya tanda awam yang ada.Seterusnya anda perlu mendaki anak tangga untuk ke tasik yang mengambil masa 10 minit perjalanan.Bagi yang tak biasa dan membawa banyak barang pastinya anda tercugap-cungap punya.Dalam perjalanan menuju ke Tasik Dayang Bunting,pengunjung akan mendaki bukit dimana terdapat batu2 besar yang menarik boleh dilihat ditepi laluan pejalan kaki.Batu2 ini sangat unik dan terhasil akibat fenomena alam sejak beribu tahun yang lalu...



Walaupun nak ke tasik tu kena memanjat bukit..yang agak jauh juga tapi ia berbaloi..cuma macam tak sesuai untuk warga tua sebab penat sket hehehehe.Biasanya sini pon diorang bagi lepak sejam lebih.Selain tu dinasihatkan bawa duit ya sebab nak masuk pon kena bayar tau.Ada entrance rasmi before nak ke Tasik Dayang Bunting tu,di mana haritu dewasa kena bayar RM 3ringgit.Untuk kanak-kanak pula adalah percuma.Nak ke Tasik Dayang Bunting ni agak jauh jugala kena menapak naik turun anak tangga!Adehhh kat sini pon kena hiking jugek!koh3...


Nak tahu kenapa aku kata kena memanjat masuk ke dalam Tasik Dayang Bunting ni?Sila lihat bukit depan mata,ni adalah tangga2 yang ko kena panjat sampai tak cukup oksigen kat dada,kau kena turun sampai menggeletar kepala lutut,barulah...sampai ke tasik.Time nak balik ke jeti macam mana?Haaa...sendiri mau inggat!Memang semput nafas!Curam habis!.Kadang2 tangga dia ada dua laluan,ada yang satu ja.Kami tenggah bersantai amik nafas kat tengah jalan.Kadang2 ko akan jumpa monyet buat road block atas tangga,ha pepandailah ko elak...Hehhehe..



  Akhirnya.....setelah puas naik turun tangga sampai semput-semput,sampai jugak aku ke tasik lagenda ni.Penat mendaki dan menuruni tangga fuhhh tetapi ianya berbaloi  apabila melihatkan air tasik yang kehijauan dengan kelipan pantulan cahaya matahari dari permukaan tasik..Bukan sekatar melihat pesona keindahan tasik semata-mata,pelbagai aktiviti yang ada..Bagi mereka yang memiliki stamina yang lebih walaupun telah hilang semasa pendakian tadi berkayuh dalam air dengan objek menyerupai itik atau haiwan atau berkayak antara aktiviti seterusnya...yang sangat best...



Abis mandi sejam lebih,kami mula berangkat semula ke jetty..Setelah mendaki nak datang pastu mendaki nak pulang pulak ermmm.Menggah dan aku rasa kaki aku sakit,sekarang ni pun masih teringgat kesakitan tue ni pun sebab mendaki bukit tu lah..hahahaha..Takda la h tinggi sangat cuma malas nak gerak dah haha..Lagipun tangga agak licin di sebab kan hujan turun sekali sekala,hujan kan rahmat..Tapi tu semua tak mematahkan semangat kami dan akhirnya sampai semula ke jetty dan bot telah menanti...tapi apa2 pon semua itu kenangan yang tak boleh saya lupakan..



🤩..Pulau Dayang Bunting telah dipulihara dan diwartakan sebagai sebahagian daripada Dayang Bunting Marble Geoforest Park..🌹

..(>_<)..



No comments:

Post a Comment

..PENGENALAN PULAU DAYANG BUNTING LANGKAWI..

😎.. PULAU DAYANG BUNTING DI LANGKAW I ..😘 (>_<) PENGENALAN : Langkawi dikenali dengan pelbagai mitos dan ce...